Notis Perlindungan Data Peribadi

Dikemaskini: Oktober 2026

Siapa yang mengurus data

MyPIBG Pro memproses data bagi menyediakan perkhidmatan digital kepada sekolah dan komuniti PIBG. Sekolah mengurus data operasi sekolah yang dimasukkan melalui akaun sekolah masing-masing.

Tujuan dan jenis data

Data diproses untuk pengurusan akaun, keahlian, komunikasi sekolah, rekod pelajar yang dibenarkan dan laporan kewangan. Data yang diminta dihadkan kepada tujuan perkhidmatan dan keperluan undang-undang yang berkaitan.

Hak subjek data

Anda boleh memohon akses, pembetulan, kemudahalihan, penarikan balik persetujuan atau pemadaman/penganoniman tertakluk kepada kewajipan undang-undang dan rekod yang perlu dikekalkan.

Permintaan boleh dihantar selepas log masuk melalui ruang Permintaan Privasi. Permintaan tidak mengubah pautan identiti, peranan sekolah atau rekod bayaran secara automatik.

Keselamatan dan pendedahan

Akses dihadkan mengikut akaun dan peranan. Data tidak dijual. Pendedahan kepada penyedia perkhidmatan hanya dibuat apabila diperlukan untuk operasi yang diluluskan dan dikawal.